Connect with us

Oh! Media

(Video) “You Orang Semua Gila Ke Apa? Mak Ayah Kamu Tak Ambil Tahu Ke Hah!”

Umum

(Video) “You Orang Semua Gila Ke Apa? Mak Ayah Kamu Tak Ambil Tahu Ke Hah!”

Aduh, susah nak cakap pasal perkara ni. Tapi kita sebagai pemerhati kepada anak-anak diluar sana tetap perlu mengingatkan supaya perkara macam ni tak berlaku lagi.

ADVERTISEMENT

Baru hari tu kita didedahkan dengan keputusan dari mahkamah yang mendapati seorang pemandu wanita tidak bersalah dalam kejadian langgar sekumpulan remaja yang sedang menunggang basikal. Sekarang viral pula video yang menunjukkan aktiviti sekumpulan remaja menunggang basikal yang dipanggil basikal lajak secara bahaya di lebuh raya.

Dalam pemerhatian Ohmedia, keadaan jalan pada ketika itu seperti hujan baru berhenti dan kumpulan remaja ini dengan slumbernya berlumba antara satu sama lain dengan diekori motosikal yang dilihat membantu kumpulan terbabit untuk membuka jalan.

Pada pengakhiran video terbabit turut dilihat salah seorang remaja dari kumpulan itu dilihat terjatuh di selekoh akibat tidak berjaya mengawal kelajuan basikal. Nasib sahaja tidak ada kenderaan lain dekat situ.

Video ini dirakam oleh seorang pemandu lelaki yang mengejar mereka dari belakang dan bertindak berhenti untuk menegur perbuatan bahaya mereka.

Kamu semua menyusahkan la. You orang semua gila ka apa. Mak ayah kamu tak ambil tahu ke hah?, tanya lelaki itu.




+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas