Connect with us

Oh! Media

(Video) Padah Viral Kesalahan Sendiri & Tuduh Polis Minta Rasuah, Pasangan Ini Didakwa & Didapati Ada Rekod Kesalahan Lampau

Ohmedia polispng

Umum

(Video) Padah Viral Kesalahan Sendiri & Tuduh Polis Minta Rasuah, Pasangan Ini Didakwa & Didapati Ada Rekod Kesalahan Lampau

Ohmedia tak tahu la nak kata apa dengan sesetengah orang yang terlalu seronok untuk viralkan sesuatu benda. Viral ni ada 2 jenis, samaada benda yang diviralkan menunjukkan anda di pihak yang benar ataupun anda hanya viralkan kebodohan anda sendiri. Ohmedia maksudkan dengan satu video yang viral, menunjukkan seorang pemandu lori bersama isterinya sedang ditahan seorang anggota polis.

Dalam video itu, dapat dilihat yang anggota polis yang merupakan Sub Inspektor Zulkifli Md Asid telah menahan mereka dan didapati tidak membawa kad pengenalan dan lesen memandu. Tetapi secara tiba-tiba mereka tidak berpuas hati dan enggan memberikan kerjasama sehingga menuduh anggota polis terbabit menahan mereka hanya untuk meminta rasuah.

Niat mereka ingin viralkan situasi ini untuk meraih simpati netizen nampaknya silap apabila kini mereka telah ditahan dan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas kesalahan di atas. Penahanan ini termasuklah waran tangkap membabitkan saman trafik yang tertunggak.

IKLAN

Pasangan ini dikenali sebagai, M Kevin Raj dan isterinya R Loganayagi didakwa tiga pertuduhan dengan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.



Oh ya, kalau korang nak tahu pasangan suami isteri ni juga ada rekod lain dimana pemandu pernah didakwa atas kes dadah dan kesalahan trafik. Isterinya pula, didakwa atas perbuatan khianat menghempas topi keledar ke cermin hadapan kereta hingga retak dan gaduh gempar dengan dua individu lain pada 12.30 tengah hari 14 Oktober lalu di Buntong, Ipoh.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas