Connect with us

Oh! Media

(Video) Netizen Bengang Tidak Tunjuk Bukti Telah Membeli Selepas Rosakkan Barang Jualan

Umum

(Video) Netizen Bengang Tidak Tunjuk Bukti Telah Membeli Selepas Rosakkan Barang Jualan

Muncul lagi nampaknya satu lagi video yang menunjukkan kekurangan IQ dikalangan mereka-mereka yang mungkin hanya ingin mendapatkan perhatian dengan melakukan perbuatan yang tidak baik. Kami nyatakan perkara ini selepas tersebarnya video menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab sekumpulan anak muda yang dilihat sengaja merosakkan makanan di dalam premis yang dipercayai berlaku di dalam Family Mart.

ADVERTISEMENT

Pedoq melalui Twitternya telah berkongsi satu rakaman video menunjukkan seorang remaja lelaki yang seronok merosakkan makanan dengan sengaja dan ia telah mendapat pelbagai reaksi yang kebanyakan sangat memarahi perbuatan tidak bermoral.

Dalam video terbabit jelas kelihatan mereka sengaja memicit roti sehingga kempis, menyepahkan makanan yang disusun dan membuka serta meminum air botol tanpa membayar.

Dakwa sudah membayar semua makanan

Namun, selepas beberapa minit, mereka memuat naik satu lagi video dan mendakwa telah membayar kesemua makanan terbabit. Pengguna Twitter Syafiqah pula memuat naik video penerangan dari pihak lelaki tersebut berkenaan tindakannya itu. Dia mendakwa kesemua makanan yang dirosakkan serta minuman yang diminum telah dibayar. Dia beranggapan video itu hanya bersifat gurauan.

Tidak cukup dengan cakap kosong. Tunjuk resit lah!!

Adakah netizen puas hati dengan alasan itu? Tidak sama sekali. Ini kerana mereka tidak menunjukkan sebarang bukti pembelian dan hanya menyatakan dengan cakap kosong.

Mereka tidak beli. Staff kena bersihkan semua.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas