Connect with us

Oh! Media

Video – Lihat Aksi Infinite Tucker, Seperti Superman Sebenar

tucker sec 400h dive e1557813466391jpg

Umum

Video – Lihat Aksi Infinite Tucker, Seperti Superman Sebenar

Kerana tidak mahu sekali lagi berada di kedudukan kedua, seorang pelari yang digelar ‘Infinite Tucker’ membuat keputusan untuk melompat ke garisan penamat. Terkenal dengan sikap tidak mahu kalah, insiden melucukan itu telah membuatkan ramai penonton terkejut dan tidak menyangkakan dia akan berbuat demikian.

Infinite Tucker yang menyertai acara larian berhalangan di Texas, Amerika Syarikat secara tiba-tiba terbang ke arah garisan penamat bagi memastikan dirinya berada di tempat pertama dan sekaligus berjaya mengatasi rakan sepasukannya, Robert Grant.


IKLAN

“Lihat. Saya lari dengan menutup mata saya sehingga pagar ke-10.

“Kemudian saya membukanya, saya nampak ibu (ma) di garis penamat dan terus melompat untuk memeluknya,” kata Tucker selepas perlumban.

“Ya, begitulah pengakhirannya.”

Robert pula hanya tersenyum sewaktu ditemu ramah mengenai tindakan Tucker itu. Sebelum ini Tucker hanya berjaya menamatkan aksi pada tempat kedua dalam acara sama pada tahun 2017.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas