Connect with us

Oh! Media

(Video) Kucing Mengadu Dekat Tuan Kerana Arnab Memakan Makanannya Buat Netizen Terhibur!

Umum

(Video) Kucing Mengadu Dekat Tuan Kerana Arnab Memakan Makanannya Buat Netizen Terhibur!

Tak pasal-pasal Whiskas kena rembat dengan seekor arnab. Kah! Baru-baru ini, ada seorang pengguna yang bernama @hansvii_ berkongsi satu video dan beberapa gambar di Twitter mengenai haiwan peliharaannya.

ADVERTISEMENT

Menurut @hansvii_, kucingnya asyik ‘meow’ seolah-olah mengadu kepada dia bahawa ada seekor arnab tengah memakan Whiskas (jenama makanan kucing). Ya lah, kucing tu baru je nak dinner. Dah kena rembat dengan si arnab tu.



Arnab @hansvii_ tu memang rare kan? Biasanya kita tengok arnab memakan sayur-sayuran seperti lobak merah. Yang ni memang lain daripada yang lain gais. Arnab dia makan whiskas. Haha!

Sabar jelah cik Meow. Nak buat macam mana? Rata-rata ramai netizen turut rasa terhibur apabila melihat reaksi kucing tu. Tweet yang dimuatnaik oleh @hansvii_ ini telah mendapat 19.1k retweets dan 21.5k likes di Twitter.

OHMEDIA: TAK APALAH, MEOW. SHARING IS CARING.

Sumber: @hansvii_


+ Baca respon pembaca pencinta haiwan di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas