Connect with us

Oh! Media

(Video) Kecoh Penampakan Aneh Seperti Mahluk Asing, Cetus Tanda Tanya Orang Ramai

Oh! Tidak

(Video) Kecoh Penampakan Aneh Seperti Mahluk Asing, Cetus Tanda Tanya Orang Ramai

Setakat hari ini, kewujudan mahluk asing ataupun identiti yang tidak diketahui dari ruang angkasa masih menjadi tanda tanya oleh sebab terdapat lambakan video atau bukti yang kurang kesahihannya menunjukkan penampakan mahluk itu.

ADVERTISEMENT

Akan tetapi, kejadian serupa iaitu penampakan mahluk asing berlaku di India apabila kecoh di media sosial apabila tular satu rakaman menunjukkan satu sosok lembaga yang tinggi dan kelihatan seperti mahluk asing sedang berjalan seorang diri pada waktu malam.

Difahamkan, kejadian berlaku di Hazaribagh, Jharkhand, India menunjukkan sosok itu kelihatan panjang dan berwarna putih sedang berjalan menyebabkan orang ramai yang melalui jalan itu kelihatan terkejut sebelum merakam penampakkan itu.

Video penampakan yang dimuat naik di laman Twitter itu menunjukkan beberapa penungang motosikal melintasi lembaga berkenaan dan ada yang mengambil kesempatan untuk merakam video.

Lembaga itu juga kelihatan turut berhenti seketika selepas menyedari terdapat orang yang sedang memerhatikan, sebelum bertindak meneruskan perjalanan.

Rata-rata netizen menganggap lembaga itu adalah mahluk asing, tukang sihir ataupun hantu dan sehingga kini masih belum ada pengesahan dari pihak berkuasa mengenai perkara tersebut.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas