Connect with us

Oh! Media

(Video) Hasrat Tidak Kesampaian, Lelaki Ini Berjaya Buat Perompak Cabut Lari!

Umum

(Video) Hasrat Tidak Kesampaian, Lelaki Ini Berjaya Buat Perompak Cabut Lari!

Eee geram betul bila tengok perompak tu! Korang nak tahu tak baru-baru ini ada satu video yang tular dimuatnaik oleh Putera Zack di Facebook mengenai seorang perompak cabut lari selepas hasratnya tidak kesampaian?

ADVERTISEMENT

Kejadian ini telah berlaku di kedai serbaneka 7-Eleven pada 22.02.2019, 06.45 pagi kawasan Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur. Kalau korang tengok video dekat bawah ni, korang pun akan rasa nak tergelak tau.




Mana taknya, bila perompak tu nak merompak 7-Eleven…last-last dia yang cabut lari dan meninggalkan bahan bukti seperti parang dan beg disebabkan Muhammad Izzuddin Azman sempat menggunakan ilmu tau.

Alaa, bukan ilmu hitam ke atau jampi tetapi dia menggunakan ilmu silat dan Muay Thai dalam masa beberapa saat je gais. Fuh, terbaiklah! Bro, kau memang hero! Kalau ada orang seperti bro di setiap cawangan 7-Eleven, confirm perompak pun tak jadi nak datang. Huhu.

Ini kali pertama berlaku sepanjang setahun saya kerja 7-Eleven. Masa tu syif saya baru nak berakhir, tengah kira duit. Tiba-tiba perompak tu masuk, dia gertak suruh saya masukkan duit dan rokok dalam sebuah beg. Saya keluar dari kaunter, baru perasan dia bawa parang. Dia hayun tapi saya berjaya rampas, saya sepak perut dan kejar sampai luar premis. Saya kejar sampai keluar premis dalam 120 meter, kawan dia dah tunggu atas motor. Mereka dipercayai suspek sama yang rompak sebuah lagi 7-Eleven berdekatan sebelum ini. Sifat berani tu memang ada dalam darah saya, tapi untuk pertahankan diri saja. Saya pernah belajar ilmu silat dan Muay Thai. Saya cuba guna ilmu yang ada dalam tempoh dua saat tu. Bila saya pegang parang tu, dia terus tak boleh kawal dan larikan diri. Parang tu sangat tajam.

Ohmedia harap perompak tu dah kena tangkap dengan pihak polis. Bukan apa, takut diorang ni buat kerja macam tu lagi dekat cawangan 7-Eleven yang lain pula. Ish! Sesiapa yang kerja di 7-Eleven tu, korang jaga diri okay?

Sumber: mStar, Putera Zack

+ Baca respon pembaca Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas