Connect with us

Oh! Media

(Video) Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha LIVE Atas Pentas Gegar Vaganza

1618584 10153034233190827 3746021205359596881 njpg

Umum

(Video) Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha LIVE Atas Pentas Gegar Vaganza

Bersaksikan pentas Gegar Vaganza yang disiarkan secara langsung, pelakon Hairul Azreen telah membuat kejutan dengan melamar buah hati tersayang iaitu Hanis Zalikha untuk menjadi isterinya yang sah.

Hairul mengatur langkah pertama menaiki pentas dengan membuat aksi breakdance sebelum pengacara program tersebut menjemput Hanis untuk naik ke pentas.

Sambil menghulurkan sebentuk cincin kepada kekasihnya Hanis, Hairul mula meluahkan hasratnya.

IKLAN

“Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.

“Sebelum datang ke sini (program Gegar Vaganza), saya telah berjumpa dengan mak ayah awak untuk memdapat restu mereka.

 “Ini bukan cincin tunang, ini bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan lamaran ini. Sudikan awak menjadi isteri saya?” lamar aktor itu. 

Hanis yang terkedu dengan lamaran itu pada mulanya tidak menjawab soalan Hairul namun selepas pertanyaan kali kedua, Hanis mengangguk malu dan setuju menerima lamaran itu.

“Ya, InsyaAllah, Thank you.” ujarnya. 

Selepas Hanis menerima lamaran tersebut, seluruh dewan bersorak gembira menandakan keterujaan mereka.

Berikut video yang sempat dirakamkan oleh peminat saat-saat manis Hairul melamar kekasih hatinya Hanis Zalikha. Video dari Hotlip Yuya

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas