Connect with us

Oh! Media

(Video) Graduan Biadap! Buat Hal Lepas Terima Skrol Dalam Acara Rasmi!

Umum

(Video) Graduan Biadap! Buat Hal Lepas Terima Skrol Dalam Acara Rasmi!

Bulan Oktober dan November merupakan bulan dimana kebiasaannya universiti tempatan akan mengadakan majlis konvokesyen bagi pelajar yang telah berjaya menamatkan pelajaran. Majlis konvokesyen merupakan majlis rasmi dan berprotokol dimana, majlis ini bukan sahaja dihadiri oleh tenaga-tenaga pengajar, ahli akademik dan pihak pengurusan tertinggi universiti, bahkan raja atau sultan yang dilantik menjadi canselor bagi universiti berkenaan.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, tular dilaman sosial semalam tindakan seorang graduan  Universiti Malaya bernama  Wong Yan Ke yang membuat kecoh apabila dia bertindak menjerit diatas pentas selepas menerima skrol sambil melaungkan “Undur VC, ini tanah Malaysia!”. Video berdurasi 14 saat yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter jelas menunjukkan kebiadapan graduan berkenaan yang tidak menghormati majlis rasmi.

Menurut perkongsian dari Hazwan Syafiq, perkara berkenaan sudah dirancang oleh pelajar berkenaan dan dikongsikan dalam laman Facebook graduan tersebut.

Turut berkongsi ialah petisyen untuk menarik balik sijil ijazah yang diterima oleh graduan berkenaan dilaman Twitter milik Hazwan Syafiq.

Sumber: Akaun Twitter @hzwnsyfq



+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas