Connect with us

Oh! Media

Umum

(Video) Dua Lelaki Samun Di Kedai Dobi Pada Waktu Tengah Malam

Korang tengok tak video yang tular baru-baru ini di media sosial mengenai dua lelaki berbangsa india menyamun di kedai dobi layan diri yang terletak di Sri Damansara pada waktu malam jam 12 pagi.

Menerusi video CCTV yang dimuatnaik oleh @NasirPasir di Twitter, dua lelaki tersebut berjaya mengambil beg mangsa dan sebuah kereta Myvi berwarna kuning. Ish, jahat betul diorang ni ya?

IKLAN



Ohmedia bukan nak kata apa lah, kalau korang nak pergi dobi tu…korang tak perlu pun bawa beg sebab kes macam ni lah. Bahaya weh! Lebih baik bawa duit secukupnya untuk korang basuh baju dan untuk dryer.

Selebihnya tinggal di dalam kereta ataupun korang lepas letak baju dekat dobi tu, korang pergi lah tempat lain. Tak perlu tunggu pun. Yelah, dah tengah malam. Banyak orang mabuk dekat luar sana.

Apapun, Ohmedia harap dua lelaki tu kena tangkap dengan polis secepat mungkin. Amin. Psst…satu lagi Ohmedia nak pesan, korang nak pergi dobi tu, pergilah waktu siang okay untuk elakkan kejadian macam ni.

Sumber: @NasirPasir

+ Baca respon pembaca Oh! Media


Oh! Youtube


Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak! | Instagram

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas