Connect with us

Oh! Media

(Video) Black Terkejut Ada Orang Perasan Dia Bawa EX5

Umum

(Video) Black Terkejut Ada Orang Perasan Dia Bawa EX5

Adoi korang ni, nampak aje mata tu kan? Sampai Black Hanifah pun terkejut, macam mana dia boleh kantoi, haha. Bila sebut jer nama Black, mesti semua orang akan terbayang satu suara yang sangat unik dan power bila mendendangkan sesebuah lagu dan boleh dikatakan Black salah seorang artis yang tidak banyak kontroversi.

ADVERTISEMENT

Terkenal dengan sikap humble dan ini ditambahkan lagi apabila walaupun kebanyakan artis telah mula beralih kepada Ysuku, tetapi Black tetap dilihat setia dengan motor EX5 dia.

Terbaru, Black kongsikan satu video yang dirakam oleh netizen dan Black masa tu nampak betul-betul terkejut apabila orang dapat mengenali motor EX5 dia walaupun sedang berada di jalan raya dan memakai helmet. Apa yang lebih kelakar, Black masa tu hanya memakai singlet.



Video perkongsian Black tu telah mendapat lebih 26 ribu like dan banyak komen yang memuji sikap sempoi dan setia Black dengan EX5.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! You Tube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas