Connect with us

Oh! Media

(Video) Awkward Moment, Pengacara Silap Umum Pemenang Miss Universe 2015

Umum

(Video) Awkward Moment, Pengacara Silap Umum Pemenang Miss Universe 2015

Gara-gara kesilapan pengacara mengumumkan pemenang untuk pertandingan ratu cantik Miss Universe 2015, suasana bertukar kecoh.

ADVERTISEMENT

Pengacara Steve Harvey yang juga seorang pelawak pada mulanya mengumumkan peserta dari Colombia sebagai johan pertandingan itu namun, memperbetulkan kembali pengumuman yang dibuatnya dan menyatakan bahawa peserta Colombia itu adalah pemenang untuk tempat naib johan.

Seterusnya mengumumkan peserta yang dinobatkan sebagai Miss Universe 2015 adalah peserta dari Philippina. Kejadian itu menyebabkan keadaan menjadi kecoh dan agak memalukan bagi peserta Colombia.

Malah, mahkota yang dipakai oleh peserta Colombia juga turut diturunkan kembali untuk diberikan kepada peserta Philipina, Pia Alonza Wurtzbach.

Steve yang kelihatan berasa bersalah dengan kesilapannya memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya diatas apa yang berlaku.

“Semua orang, saya perlu meminta maaf’. Naib johan adalah… Colombia”.

“Miss Universe 2015… adalah Miss Philipines”.

“Saya akan bertanggungjawab atas (kesilapan) ini, ia adalah kecuaian saya

“Saya boleh tunjukkan bukti di sini, naib johan adalah Colombia, ia adalah kecuaian saya, malam ini masih malam yang terbaik.”, kata Harvey.

OHMEDIA: JARANG-JARANG KESILAPAN MACAM NI BOLEH BERLAKU DALAM UPACARA MAJLIS YANG BESAR DAN BERPRESTIJ,

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas