Connect with us

Oh! Media

(Video) Anak Rayu Bapa Jadi Wali Dihalau & Disimbah Air?

Umum

(Video) Anak Rayu Bapa Jadi Wali Dihalau & Disimbah Air?

ADVERTISEMENT

Satu video berdurasi 3minit menunjukkan seorang bapa bertindak menghalau anak-anaknya yang datang ke rumah dengan menyimbah air.

Difahamkan anak-anak lelaki ini datang kerumah kerana ingin memohon bapanya untuk menjadi wali namun tidak berjaya kerana dihalang oleh isteri muda bapanya.

Malah, bapa mereka turut didakwa telah terkena sihir selepas berkahwin dengan isteri muda. Wallahualam.

“kesan hasutan bini muda jnda beranak 3. akibat terkena sihir.. Slps brkhawin isteri muda…pertalian dgn ank hilang.. Si bapak dah jd mcm remote control pada si bini .. Moga allah memberi balasan yg setimbal bt si bini. Meruntuhkan pertalian darah daging ..” – Bang Chik

Disamping itu seorang individu tampil memberi penjelasan bahawa kejadian itu berlaku pada saudaranya sendiri.

“Ayah kepada saudara saya telah berkahwin dengan isteri baru. Apa yang berlaku ialah ayahnya seolah-olah bukan dirinya yang dulu. Dia melupakan anak-anak dan ibu kandungnya sendiri. Tanggungjawab sebagai ayah dan anaknya juga telah diabaikan. Walaupun begitu, anak-anak selalu merinduinya.

“Mereka pergi ke rumah lama mereka untuk bertemu dengan ayah. Apa yang berlaku ialah si anak disambut dengan 3 simbahan air baldi oleh ayah, isteri baru dan anak-anak tirinya. Si anak menunggu untuk bertemu dengan ayah sambil membaca rukyah dan sehingga azan berkumandang.

“Tiba-tiba keluar perkataan ‘Lada Ayah’ di dinding rumah lama mereka yang kini didiami oleh ayah dan isteri mudanya. Jadi saya ingin tahu, apa maksud kejadian ini? Lada Ayah? Dari mana datangnya tulisan ini? Apa yang harus mereka lakukan? Hubungi saya untuk tindakan yang perlu kami ambil,” kata Adam Haziq.

OHMEDIA: SEMOGA ADA JALAN TERBAIK UNTUK MEREKA DAN TIDAK PUTUSKAN SILATURAHIM.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas