Connect with us

Oh! Media

Van Sekolah Terbalik, Seorang Murid Patah Tangan

Umum

Van Sekolah Terbalik, Seorang Murid Patah Tangan

Gambar Hiasan





Semalam, Sebuah van sekolah telah terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil yang mengakibatkan seorang murid perempuan yang berusia 12 tahun mengalami kecederaan parah serta tiga rakannya yang mengalami kecederaan ringan.

Van tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia 72 tahun yang membawa tujuh murid dari Sekolah Kebangsaan Dataran Muda, Bukit Selambau. Van sekolah tersebut dikatakan terbabas dan terus terbalik seteleh bergesel dengan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun dari arah bertentangan yang hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan bergesel dengan van berkenaan kira-kira pada pukul 2 petang semalam, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ICP Adzli Abu Shah.

Kesemua murid yang terlibat berusia antara 7 hingga 12 tahun. Akibat kemalangan itu, murid perempuan yang berusia 12 tahun itu mengalami patah tangan kanan, tiga pelajar lain mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala, tangan dan kaki. Pemandu van dan pemandu viva juga mengalami kecederaan dibahagian kaki dan tangan. Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut. 

Sumber : Bernama


ADVERTISEMENT

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas