Umum
Ini Situasi Sebenar Yang Berlaku Di Uptown Danau Kota, Sewa Sehingga RM1200 Sebulan? Tempat Baru Hanya RM200
Oleh
Rasanya semua dah tahu dan tengok video di mana ada seorang Ahli Parlimen telah menjelirkan lidah kepada peniaga Uptown Danau Kota tempoh hari. Tapi apa yang terjadi sebenarnya? Betul ke mereka peniaga atau ada tangan-tangan ghaib yang tidak mahu Uptown Danau Kota ini dipindahkan?
Dari maklumat yang Ohmedia terima, DBKL telah memberikan beberapa inisiatif terbaik kepada peniaga dengan kadar sewa bulanan yang lebih rendah dan kemudahan juga mencukupi.
Dalam satu perkongsian dari seorang individu di Twitter, turut ada mengatakan yang sebenarnya kumpulan samseng atau gangster yang sebenarnya tidak berpuas hati dengan keputusan DBKL yang dilihat akan menjejaskan periuk nasi mereka.
Gangster yg jaga tapak je bising. Peniaga ok bila kena pindah sewa pun tak mahal. Bagus la MP ni buat kerja!Bertahun melayu meniaga Danau Kota, tapak sewa mahal org atas kaut untung atas angin, tandas awam tiada, jalan sesak, kutip parking mahal, bayar sewa mahal2 tapi KOTOR! https://t.co/FMWuzZsQPW
— Muhammad HafizRayyan (@HafizRayyan) January 3, 2020
Kalau korang masih tidak faham apa yang berlaku sebenarnya, mungkin boleh baca sendiri perkongsian dari peniaga sendiri di ruang komen twitter @HafizRayyan.
Bagi aku la tempat baru tu banyak kemudahan. Public toilets, parking free, sewa pun murah. Rasanya RM200++ camtu member aku cakap sbb dia meniaga situ. Better than tempat lama. Bersih pun bersih kawasan situ.— anep (@hanifjamals) January 3, 2020
Ada juga yang mengatakan selama ini mereka telah membayar sebanyak RM1200 sebulan dan sekarang hanya membayar RM200 sebulan.
Yess betol !! Selama ni sewa rm1200! Lani dah pindah sewa rm200 ja! Penyewa lagi suka pindah tempat baru. Yang dok bising2 ni semua kroni gangstar. 🤣— aleeeesya18 (@aleeeesya18) January 3, 2020
Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad turut telah menjelaskan perkara ini di mana ada pihak telah mengutip sewaan pada kadar RM1,000 sebulan untuk setiap tapak dan Uptown Danau Kota ni mempunyai 500 tapak. Jadi, jika dikira-kira kumpulan yang lakukan kutipan sewaan ini boleh mendapat RM500,000 sebulan.
Baru-baru ini Khalid Samad mengumumkan kadar sewa tapak lebih murah iaitu RM225.20 sebulan untuk barangan makanan dan RM212.70 untuk barangan kering.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Youtube
