Connect with us

Oh! Media

Uniqlo Hasilkan T-Shirt Istimewa One Piece Sempena Ulang Tahun Ke-20

Oh! Lifestyle

Uniqlo Hasilkan T-Shirt Istimewa One Piece Sempena Ulang Tahun Ke-20

Mesti ramai penggemar anime One Piece dekat Malaysia ni kan? Anime One Piece adalah antara anime yang masih lagi disiarkan setiap minggu di Jepun dan merupakan antara episod anime atau mangga yang terpanjang. Bersempena dengan ulang tahun ke-20 anime One Piece, mereka telah bekerjasama dengan Uniqlo UT bagi menghasilkan koleksi T-shirt istimewa untuk korang semua.

ADVERTISEMENT

Siri One Piece pertama kali disiarkan pada 20 Oktober 1999 yang sepenuhnya mengikut plot manga yang kini telah mencapai 800 lebih episod.


Untuk koleksi kali ini, Uniqlo hadir dengan T-shirt dalam ton warna neutral yang melihatkan rekaan grafik di bahagian hadapan baju dan korang boleh memilih beberapa watak utama seperti Luffy, Zoro, Sanji, Chopper, Shank dan Dracule Mihawk.

Namun, sayangnya koleksi ini tidak ada di semua cawangan Uniqlo dan hanya boleh didapatkan di butik dan laman rasmi Uniqlo UT Jepun sahaja pada 10 Mei ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas