Connect with us

Oh! Media

UMNO Yang Hilang Kuasa, Bukan Orang Melayu – Muhyidin

Ai ppbm agm 10jpg

Oh! Negara

UMNO Yang Hilang Kuasa, Bukan Orang Melayu – Muhyidin

Dalam Perhimpunan Agung Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyidin Yassin dalam ucapannya menyatakan, orang melayu sepatutnya bersyukur dengan kekalahan UMNO, kerana dengan kekalahan itu, pemimpin parti tersebut tidak dapat lagi menutup segala kesalahan yang mereka telah lakukan kerana sudah hilang kuasa.

Presiden PPBM itu juga menjelaskan bahawa orang melayu tidak perlu risau kerana UMNO yang hilang kuasa dan bukannya orang Melayu.

“UMNO masih mendendangkan lagu duka nestapa kononnya orang Melayu sudah hilang kuasa di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Saya hendak beritahu orang Melayu, selepas PH menang pilihan raya, orang Melayu tidak hilang kuasa sebaliknya UMNO.

IKLAN

“Inilah yang paling ditakuti oleh UMNO. Apabila hilang kuasa, segala kesalahan mereka terbongkar dan pemimpin mereka terpaksa berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah. Sesungguhnya kebenaran sudah menjelma dan kebatilan telah lenyap.

“BERSATU menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang. Jika terbukti mereka bersalah, biarlah mahkamah yang menentukan nasib mereka,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas