Connect with us

Oh! Media

UMNO Harap Semua Pihak Dapat Menerima Keputusan Tidak Ratifikasi ICERD

seri20transformed 2jpg

Oh! Negara

UMNO Harap Semua Pihak Dapat Menerima Keputusan Tidak Ratifikasi ICERD

Umno berharap keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) diterima baik oleh semua pihak.

Timbalan Presidennya, Datuk Mohamad Hasan berkata, sebarang usaha untuk membangkitkan kembali isu yang telah diputuskan itu, dihentikan.

Menurutnya, keputusan tersebut sudah pasti menjawab dan menjadi penamat kepada pelbagai spekulasi serta pertikaian selama ini.

IKLAN

“Selepas pelbagai penegasan dan bantahan yang dikemukakan oleh Umno serta pergerakan sivil di peringkat massa, saya secara peribadi dan parti berterima kasih dan menyambut baik keputusan tegas dan berprinsip ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad berkata Umno akan terus memberi kerjasama dan sokongan kepada kerajaan PH dalam sebarang usaha yang membawa kebaikan serta kesejahteraan antara kaum di negara ini.

“Kami turut komited untuk terus membantu menambah baik formula keharmonian kaum yang kita bina dan amalkan selama ini,” katanya.

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas