Connect with us

Oh! Media

UMNO dan PAS Adakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas

Picsart 03 05 061954 1024x567jpg

Oh! Negara

UMNO dan PAS Adakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas

Gambar: UMNO Online

Ini mungkin menjadi sejarah buat UMNO dan PAS setelah sekian lama menjadi musuh dalam dunia politik kini dilihat akan menjalinkan kerjasama.

Ini dapat dilihat apabila hari ini, UMNO dan PAS telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas di ibu pejabat UMNO, PWTC yang dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hj Hassan dan Timbalan Presiden PAS. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta kepimpinan UMNO dan PAS.

Dr Asyraf  Wajdi Dusuki turut berkongsi melalui akaun Facebooknya dengan mengatakan, Ini merupakan pertemuan yang amat bersejarah untuk meneroka garis-garis besar haluan penyatuan Ummah yang bukan sahaja dituntut Islam bahkan didambakan oleh seluruh rakyat terutamanya orang Melayu-Islam.

IKLAN

“Bagi bukan Islam apa sahaja yang dipersetujui dan direncanakan atas asas penyatuan Ummah ini tidak akan sesekali meminggirkan mahupun meremehkan realiti kemajmukan Malaysia yang berbilang agama dan kaum diterasi Islam sebagai Agama Persekutuan dan Melayu sebagai bangsa teras.” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas