Connect with us

UM Sahkan Mereka Tidak Tahan Skrol Atau Ijazah Mana-mana Graduan

Umum

UM Sahkan Mereka Tidak Tahan Skrol Atau Ijazah Mana-mana Graduan

Isu mengenai graduan yang berkelakuan biadap ketika Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya semakin menjadi perhatian netizen yang melihat ada yang menyokong untuk sijilnya ditarik dan ada juga yang melihat hukuman itu sebagai keterlaluan.

Namun, Ohmedia baca satu laporan Berita Harian yang menyatakan pihak UM telah menegaskan mereka tidak menahan skrol dan transkrip akademik atau menarik ijazah graduan terbabit.

Pihak UM juga menyatakan yang pihak mereka telah mengedarkan skrol dan transkrip akademik secara berpusat sejak 12 Oktober lalu ssehingga esok, 19 Oktober.

Semua graduan boleh mengakses dan mencetak skrol atas talian melalui graduand.um.edu.my mulai Isnin ini, kata Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tengku Datuk Dr Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim.

Ini termasuklah pelajar yang membuat masalah itu. Bagaimanapun, setakat ini sebanyak 90,000 orang telah menyokong dan menandatangani petisyen untuk menarik semula ijazah sarhana muda graduan terbabit yang ternyata telah mencemarkan majlis dan tidak menghormati istiadat, algi-lagi bila ia dihadiri ibu bapa pelajar.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top