Connect with us

Oh! Media

Ultraman Ribut Pamerkan Aksi Silat Dalam Siri Ultra Galaxy Fight New Generation Heroes

Umum

Ultraman Ribut Pamerkan Aksi Silat Dalam Siri Ultra Galaxy Fight New Generation Heroes

Ultraman Ribut! Pergh, siapa jer yang tak kenal dengan satu-satunya Ultraman yang dihasilkan oleh Les’ Copaque dengan kerjasama dari Tsuburaya Productions dan Ultraman Ribut ini satu-satunya Ultraman yang tidak berasal dari Jepun, tetapi Malaysia.

ADVERTISEMENT

Telah keluar dalam siri Upin dan Ipin dan kali ini Ultraman Ribut muncul dalam siri Ultraman terbaru dalam Ultra Galaxy Fight : New Generation Heroes. Siri terbaru Ultraman ini telah pun bermula dan dalam episod ketiga, Ultrama Ribut telah diperkenalkan dan ia ternyata membuatkan ramai peminat Ultraman Malaysia berasa teruja.




Dalam episod ini, Ultraman Ribut berlawan dengan seekor raksasa ais dan apa yang menarik perhatian ramai orang adalah corak perlawanannya yang sangat berbeza dengan Ultraman lain dan ia dilihat seakan seni Silat.




Dalam update video lain juga, pihak Tsuburaya telah membuat satu video yang menceritakan bagaimana terwujudnya Ultraman Ribut ini dan telah mengakui bahawa ia menggunakan seni Silat sebagai corak pertarungan Ultraman Ribut.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas