Connect with us

UiTM Umum Penangguhan Istiadat Konvokesyen Ke-92, Pelajar Terpaksa ‘Burn’ Tiket Flight & Penginapan

Umum

UiTM Umum Penangguhan Istiadat Konvokesyen Ke-92, Pelajar Terpaksa ‘Burn’ Tiket Flight & Penginapan

Sepertimana yang korang tahu, penularan wabak Covid-19 semakin berleluasa dan semalam World Health Organization (WHO) telah mengumumkan bahawa wabak tersebut sudahpun merebak ke satu dunia. Uish! Takut pula nak keluar rumah gais.

Ohmedia semalam pergi pasaraya sebab nak beli sanitizer dan mask tetapi out of stock weh! Last-last beli semua jenis sabun yang boleh membunuh 99.99% germs tu sebab nak mencegah daripada terkena wabak Covid-19. Huhu.

Apa yang paling penting sekarang ni korang kena kurangkan aktiviti di luar dan memastikan tahap kebersihan diri yang tinggi serta memakai pakai topeng muka sebab menurut laporan KKM, Malaysia sudah mencecah kepada 158 kes tau.

Baru-baru ini, UiTM telah mengumumkan satu kenyataan tentang penangguhan istiadat konvokesyen UiTM ke-92 atas sebab penularan jangkitan Covid-19 berdasarkan laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pergh, terbaiklah gais!




Rata-rata ramai pelajar UiTM rasa pasrah kerana terpaksa burn tiket flight dan juga penginapan untuk menghadiri konvokesyen. Nak buat macam mana gais? Walaupun korang terpaksa burn tiket sebanyak RM1k, lebih baik mencegah daripada terkena wabak. Betul tak?

Ohmedia percaya bukan UiTM jer yang bertindak seperti ini malah ada universiti lain juga berbuat demikian kerana untuk mencegah wabak berbahaya ni. Tak apa lah gais. Bila keadaan dunia dah semakin baik, korang dah boleh graduate dah.

OHMEDIA: ALHAMDULILLAH. WELL DONE UITM! KORANG JANGAN LUPA PAKAI MASK DAN SENTIASA BASUH TANGAN OKAY!

Sumber: Facebook | KKM

+ Baca respon pembaca sayang UiTM di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top