Trending
Wanita Rempuh Pelajar UiTM Dungun Hingga Mati Dibenar Jamin RM40,000
Wanita rempuh pelajar UiTM Dungun dibenar jamin RM40,000 dengan 7 syarat ketat termasuk tak boleh keluar rumah tanpa suami.
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini memutuskan untuk membenarkan seorang wanita, Norizan Ismail dibebaskan dengan jaminan selepas didakwa menyebabkan kematian tiga penuntut UiTM Dungun dalam satu insiden tragik tahun lalu.
Memetik laporan Buletin TV3, keputusan itu dibuat Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani selepas mengambil kira beberapa aspek, termasuk keadaan kesihatan mental wanita berkenaan.
Jumlah jaminan dan syarat

Norizan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan dua penjamin, namun perlu akur kepada tujuh syarat ketat yang ditetapkan oleh mahkamah.
Salah satu daripadanya ialah dia wajib hadir ke IPD Dungun dua kali dalam sebulan iaitu pada minggu pertama dan minggu ketiga.
Antara syarat lain yang dikenakan ialah, tertuduh tidak dibenarkan keluar rumah melainkan bersama suami. Kalau ada anak yang ikut, ia hanya dibenarkan sekiranya suami turut hadir.
Kunci kenderaan juga tidak boleh diakses oleh Norizan. Penjamin atau suaminya perlu memastikan perkara ini dipatuhi sepenuhnya.
Diperintah terima rawatan
Mahkamah turut memerintahkan agar tertuduh mendapatkan rawatan di hospital berkaitan dan tidak dibenarkan mengganggu mana-mana saksi kes sepanjang tempoh perbicaraan.
Jika mana-mana syarat ini dilanggar, permohonan jaminan akan terbatal serta-merta dan wang jaminan akan dirampas.

Terdahulu, Norizan dihadapkan ke mahkamah di bawah Seksyen 307 dan 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan terhadap pelajar UiTM Dungun Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan dan kematian Muhammad Akmal Md Tukirin, Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anuar Jamaluddin.
Kejadian berlaku pada 9 Oktober tahun lalu di Jalan Pantai berhadapan UiTM Dungun ketika tertuduh memandu SUV jenis Honda CR-V dan merempuh empat penuntut UiTM.
Pssttt! Tiga nyawa melayang, seorang lagi cedera. Berat untuk diterima, apatah lagi bagi keluarga mangsa. Tapi mahkamah tetap beri ruang kepada tertuduh untuk jalani rawatan dan beri jaminan bersyarat. Harapnya proses perbicaraan nanti mampu beri jawapan dan keadilan yang sepatutnya.
Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM