Connect with us

Ucapan-Ucapan Ketika Bersin

Umum

Ucapan-Ucapan Ketika Bersin

SOALAN:
Ketika bersin adakah seorang itu membaca Alhamdulillah atau Alhamdulillahi Rabbil Alamiin?

JAWAPAN:
Disunatkan bagi orang yang bersin ia mengucapkan Alhamdulillah. Dan jika dengan ucapan Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin maka lebih elok. Dan harus jika ditambah lafaz ‘Ala Kulli Hal.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a sungguhnya Nabi saw bersabda:

إِذَا عَطسَ أحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ: الحَمْدُ للهِ
“Apabila seorang kamu bersin maka hendaklah ia mengucap: Alhamdulillah.” (Hadith Bukhari)

Dan diriwayatkan dari Salim bin ‘Ubaid r.a sabada Nabi saw:

إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ : الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Apabila bersin oleh seorang kamu maka hendaklah dia ucap: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin.” (Hadith Abu Daud dan Tirmidzi)

Dan dari Abu Hurairah r.a Nabi saw bersabda:

إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ : الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
“Apabila seorang dari kamu bersin maka ucapkanlah: Alhamdilillahi ‘ala kulli hal.” (Hadith Abu Daud)

Berkata Imam Nawawi:

اتفق العلماء على أنه يستحب للعاطس أن يقول عقب عطاسه الحمد لله , ولوقال الحمدلله رب العالمين لكان أحسن ,فلو قال الحمد لله على كل حال كان أفضل.
“Telah sepakat para ulama’ bahawasanya disunatkan bagi yang bersin mengucap selepas dia bersin itu Alhamdulillah. Dan jikalau dia berkata Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin nescaya adalah elok. Dan kalau dia ucap Alhamdulillah ‘Ala Kulli Hal maka adalah ia afdhal.” (Kitab Al-Azkaar)

Berkata Imam Ibnu Jarir:

هو مخير بين هذا كله , وهذا هو الصحيح
“Orang yang bersin itu diberi pilihan antara semua lafaz tersebut dan ialah yang sahih.” (Syarah Sahih Muslim)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top