Connect with us

Oh! Media

Ucapan Makmum Ketika Imam Membaca Surah At-Tiin

Umum

Ucapan Makmum Ketika Imam Membaca Surah At-Tiin

SOALAN:
Pada akhir surah At-Tiin ayat ke 8 iaitu firman Allah:
أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ

ADVERTISEMENT

Adakah harus bagi kita di dalam solat berjemaah ketika imam membacanya kita menyambut dengan ucapan:
بلى وأنا على ذلك من الشاهدين

JAWAPAN:
Tersebut pada himpunan fatwa Mufti Oman: Disunatkan atas orang yang solat mengucap بلى artinya ‘bahkan’ selepas membaca:

أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
“Adakah tidak Allah itu sebaik-baik Pencipta?”

Dengan ucapan yang perlahan dan yang demikian itu adalah termasuk tadabbur Al-Quran ketika membacanya atau mendengarnya.

Allah telah berfirman:

أَفَلا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
“Kenapa tidak mereka itu memperhatikan akan Al-Quran atau adakah atas hati mereka itu ada belenggu?” (Muhammad : 24)

Dan bermula yang demikian itu setengah dari perkara yang menolong atas membenarkan khusyuk di dalam solat. (Lajnah Fatwa Oman)

Dan berkata Imam Nawawi:

يُسْتَحب للقارئ في الصلاة وخارجها إذا مَرّ بِآية رحمة ، أن يَسأل الرحمة ، أو بآية عذاب أن يَسْتَعيذ منه ، أو بِآية تَسْبيح أن يُسَبِّح .
وإذا قرأ (أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ) قال : بَلَى ، وأنا على ذلك من الشاهدين ، وإذا قرأ (فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ) قال : آمَنّا بِالله ، والمأموم يَفْعَل ذلك لِقِرَاءة الإمام على الصحيح . اهـ .
“Disunatkan bagi yang membaca dalam solat dan yang diluar solat apabila sampai pada ayat rahmat ia meminta rahmat atau pada ayat azab ia meminta perlindungan darinya atau pada ayat tasbih ia bertasbih.

Dan apabila lalu dia pada ayat أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ dia berkata: بَلَى ، وأنا على ذلك من الشاهدين. Dan apabila membaca dia فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ maka berkata dia: آمَنّا بِالله
Dan makmum berkata yang demikian itu kerana bacaan imam atas pendapat yang sahih.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas