Connect with us

Oh! Media

UAE Gentar Dengan Cengkaman Harimau Malaya

sumareh indonesia malaysiajpg

Umum

UAE Gentar Dengan Cengkaman Harimau Malaya

Fuhh, sebentar sahaja lagi akan berlangsung pertembungan diantara Harimau Malaya menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Namun, Ohmedia tertarik dengan respon awal dari jurulatih skuad UAE apabila menyatakan mereka risau dengan cengkaman Harimau Malaya.

Bert Van Marwijk yang merupakan jurulatih UAE tidak meletakkan harapan yang tinggi dan mengambil langkah berhati-hati kerana ia bukanlah satu tugas yang mudah apabila berada di kawasan lawan.

Tapi korang ingat tak yang UAE dahulu pernah memberi mimpi ngeri kepada pasukan kebangsaan apabila membelasah 10-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2029, empat tahun lalu. Namun, Marwijk tetap berasa ia sukar untuk diulangi.

IKLAN

Apa saja yang berlaku sebelum ini (kemenangan 10-0) tidak akan terjadi lagi. Ketika berdepan Indonesia, mereka (Harimau Malaya) beraksi dengan penuh bertenaga dan menunjukkan tempo permainan yang tinggi. Mereka juga memiliki pemain yang pantas, jadi kami perlu memberikan tumpuan sepenuhnya. Semua pemain kena berdisiplin dan ia bukan mudah (untuk berdepan Malaysia),” katanya

Mereka mungkin mengatakan tidak dapat mengulangi 10-0, tetapi tidak mengatakan yang mereka bersedia untuk dikalahkan Harimau Malaya. jadi berapa kosong jangkaan korang untuk perlawanan malam ini dan mampukah Harimau Malaya terus mengaum dan menunjukkan aksi bertenaga sekaligus mencapai kemenangan di kandang sendiri? Sama-sama kita nantikan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas