Connect with us

Oh! Media

Tun Mahathir Mohamad Tersenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia

P3s1 tun dr mahathir mohamadjpg

Umum

Tun Mahathir Mohamad Tersenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia

Siapa sangka, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia kini telah dinobatkan sebagai ‘Muslim Man of The Year’ yang tersenarai di dalam buku The Muslim 500.

Tun Dr Mahathir juga tersenarai di dalam 500 tokoh muslim yang berpengaruh di dunia dan buku ini merupakan edisi terbaru bagi tahun 2019 dan sedang menyambut ulang tahun penerbitan yang ke-10.

Tun Mahathir terpilih selepas menjadi individu yang ‘luar biasa’ kerana berjaya mencipta sejarah sebagai perdana menteri kedua sekaligus menjadi pemimpin kerajaan tertua di dunia.

IKLAN

”Lelaki yang luar biasa ini mempunyai kerjaya politik dinamik merangkumi 70 tahun dan pada masa yang sama menjadi penulis kepada 17 buah buku yang diterbitkan.”

”Sepanjang kepimpinannya, pertama sebagai timbalan dan kemudian Perdana Menteri, menyaksikan ianya bertepatan dengan era pembangunan ekonomi dan sosial yang menakjubkan di negara Malaysia.”

”Pada 2003 Mahathir bersara, namun beliau kembali dalam arena politik pada tahun 2006 dengan mengkritik pengganti yang menjadi pilihannya ketika itu iaitu Abdullah Ahmad Badawi kerana kelemahan dalam aspek ekonomi.”

”Kemudian dia menjadi pengkritik bagi kepimpinan Perdana Menteri seterusnya iaitu Najib Razak dan sejak 2015, beliau berulang kali meminta Najib meletakkan jawatan.”

”Pada tahun 2017, Mahathir membina parti baru dan menyertai pembangkang di atas tiket Pakatan Harapan. Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional yang dipimpin Najib Razak sekaligus mengangkat Mahathir sebagai Perdana Menteri kedua.”

”Tidak kurang hebatnya bagi seorang ahli politik berusia 93 tahun dengan rekod dua serangan jantung dan satu pembedahan pintasan mencipta sejarah untuk Malaysia,” kata Profesor s Abdullah Schleifer, penulis buku The Muslim 500.

Selain terpilih sebagai ‘Man of the Year”, Mahathir turut tersenarai di tangga ke 44 dalam ‘The Muslim 500’.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas