Connect with us

Oh! Media

Tun Mahathir Mohamad Malu Dengan Sikap Tidak Jujur Peminjam PTPTN

Copy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bw2bi2bn2ba2bt2br2bi2bp2bt2bo2b252812529png

Oh! Negara

Tun Mahathir Mohamad Malu Dengan Sikap Tidak Jujur Peminjam PTPTN

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad harini menunjukkan rasa kecewanya dengan sikap segelintir peminjam PTPTN yang tidak jujur yang enggan membayar hutang sehingga menyebabkan hutang terkumpul sebanyak RM36 bilion.

“Di Malaysia kadang-kadang terdapat manusia yang sangat tidak jujur. Sebagai contoh, untuk memberikan peluang pendidikan kepada rakyat kita memberi mereka biasiswa, kita mengeluarkan wang untuk membiayai pelajaran mereka supaya mereka kelak akan memperoleh pendapatan yang lebih baik dan dapat meningkatkan taraf hidup.

“Sebaik sahaja mereka diterima belajar di universiti, baik di dalam dalam mahupun di luar negara, kita akan memberi mereka biasiswa, pinjaman sebenarnya, tetapi malangnya apabila mereka sudah kembali (ke tanah air) mereka enggan membayar semula hutang tersebut.

IKLAN

“Kita mempunyai sebanyak RM36 bilion hutang terkumpul yang tidak dibayar kepada PTPTN. Saya berasa sangat malu tetapi mereka sebaliknya tidak. Mereka ada pendapatan dan mampu membayar hutang, cuma mereka sengaja enggan membayarnya,” katanya pada majlis syarahan utama di Residensi Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sumber: Sinar

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas