Connect with us

Oh! Media

Gempar: Tun Mahathir Umum Keluar UMNO Berkuatkuasa Serta Merta

12798929 1048439495227860 7791471593256296102 njpg

Oh! Negara

Gempar: Tun Mahathir Umum Keluar UMNO Berkuatkuasa Serta Merta

Tun memutuskan untuk tinggalkan UMNO kerana parti UMNO hanya mempertahankan Najib bukan lagi sebuah parti yang kuat seperti semasa melawan Malayan Union.

“Saya merasakan cukup malu dengan apa yg terjadi dgn UMNO.

Sungguhpun org kata sy tinggalkan kerana anak saya, tetapi itu bukanlah penyebabnya. Saya merasa bangga akhirnya saya tinggalkan UMNO. Hanya penyokong Najib sahaja yg berpeluang di dalam pasukannya.

IKLAN

Saya merasa putus asa dgn parti Najib dan apa yg berlaku di dalam UMNO sungguh memalukan.”

Ditanya sama ada akan tubuhkan parti baru, Tun berkata tidak ke arah itu.

“Sy akan memastikan Najib tidak akan menjadi PM kali ini. Sy tidak pasti ada ahli parlimen akan tidak bersetuju dgn Najib kerana mereka dalam ketakutan. Berkenaan status penggantungan TSMY, ini adalah tindakan awal utk membuang TSMY sbg Timb Presiden.”

Keputusan meninggalkan UMNO turut disertai Tun Siti Hasmah.

Pertemuan Tun bersama wakil pembangkang hanya berfokuskan kepada isu menurunkan Najib sbg PM. Tiada hal lain dibincangkan. Keputusan untuk tinggalkan UMNO tidak dibincang dgn sesiapa. Berkenaan rally March for Freedom, Tun akan sertai acara tersebut jika dijemput.

Ditanya sama ada TSMY akan turut tinggalkan UMNO, Tun berharap TSMY akan mengikut langkah beliau.

– PC berakhir pada jam 4:55pm

Sumber: Facebook

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas