Connect with us

Oh! Media

Tun Dr Mahathir Tidak Pernah Setuju Wujudkan Lebuhraya Tanpa Tol

13tun7thpm 1526083829jpg

Oh! Negara

Tun Dr Mahathir Tidak Pernah Setuju Wujudkan Lebuhraya Tanpa Tol

Semalam, Perdana Menteri membuat satu kenyataan dengan mengatakan pembinaan lebuh raya tanpa tol tidak mungkin dapat diwujudkan.

Ini didedahkan kerana beliau sudah lama tidak bersetuju dengan manifesto yang dijanjikan Pakatan Harapan sebelum ini.

“Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini menjadi beban yang besar.

IKLAN

“Pada masa itu saya menentang, saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma…ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol,” katanya kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN semalam.

Soal  Dr Mahathir lagi, siapakah yang akan menyelenggara atau membina jalan baharu sekiranya kerajaan memansuhkan tol.

“Anda minta sektor swasta supaya membina jalan raya, mereka mahu meraih keuntungan tetapi jika anda tidak mengadakan kutipan tol, bagaimana hendak mendapatkan keuntungan?” katanya.

Dengan menjadikan England sebagai contoh, Dr Mahathir berkata England terpaksa mengenakan cukai petroleum yang tinggi bagi menampung kadar lebuh raya tanpa tol.

Sumber: Sinar

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas