Connect with us

Oh! Media

Tukang Tilik India ‘Cipta’ Penawar Covid-19 Dengan Ubah Ejaan

Umum

Tukang Tilik India ‘Cipta’ Penawar Covid-19 Dengan Ubah Ejaan

Ketika dunia sedang dilanda virus Covid-19 yang telah menyebabkan angka kematian semakin meningkat setiap hari, muncul pula seorang individu yang dipercayai mempunyai penawar sendiri bagaimana mahu menghilangkan virus ini dari muka bumi ini.

ADVERTISEMENT

Seorang tukang tilik di India yang bernama SV Annandd Rao mengakui mempunyai kaedah yang tersendiri dalam mencipta sebuah penawar bagi Covid-19 dengan mengeja nama virus tersebut dengan salah.

SV Annandd yang berasal dari Ananthapuram berkata virus yang sedang melanda sekarang boleh dihapuskan sekiranya ejaan Covid-19 itu tidak lagi kedengaran seperti nama asalnya dengan menambahkan beberapa huruf.

Huruf-huruf dalam ejaan Covid-19 sangat mengerikan dan sangat merbahaya.

Jika masyarakat dapat mengubah perkataan itu dengan menambahkan huruf semuanya akan kembali pulih.

SV Annandd menambah, jika masyarakat mengisi perkataan yang memiliki aura yang positif, maka akan menimbulkan kuasa yang dapat menghapuskan virus tersebut.

Dia mencadangkan supaya menukarkan perkataan Covid-19 kepada Covviyd-19 dan Coronna.

SV Annandd turut memasang sepanduk di kawasan kampungnya supaya meminta orang ramai menggunakan ejaan yang salah atau berubah dalam usaha menghapuskan virus itu dari muka bumi ini.

Cadangan itu bagaimanapun menimbulkan geli hati netizen selepas gambar sepanduk dengan sokongan untuk mengubah nama Covid-19 tular di media sosial Twitter.

Kredit: Kosmo!, The Indian Express

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas