Connect with us

Oh! Media

‘Tuan Aku Nak Tembak Mu, Nak Bunuh Mu’

Umum

‘Tuan Aku Nak Tembak Mu, Nak Bunuh Mu’

Gambar dari Sinar Harian

Seorang wanita tiba-tiba menjerit marah “Tuan aku marah! Dia nak cari mu, nak tembak mu, nak bunuh mu” ketika dijalankan perubatan Islam oleh Ustaz Nor Azman Albanjary keatas dirinya.

Walaubagaimanapun, ugutan itu langsung tidak buat Ustaz yang diberi gelaran Ustaz Jin ini untuk berhenti dari meneruskan rawatan kepada wanita yang dirasuk tidak sedarkan diri itu.

ADVERTISEMENT

Sesi rawatan yang percuma dan terbuka itu disaksikan sendiri oleh kira-kira 400 pesakit lain yang datang dari pelbagai tempat dengan tujuan untuk memulihkan diri daripada gangguan jin, sihir, ilmu hitam, saka, santau dan seumpamanya.

Mereka yang mengalami gangguan dalaman itu haruslah menjalani sekurang-kurangnya tujuh kali rawatan bagi memastikan pulih sepenuhnya. Kaedah rawatan hanya menggunakan bacaan ayat suci Al-Quran.

Menurut Ustaz Jin lagi, kira-kira 10 peratus pesakit yang mendapatkan rawatannya di daerah ini adalah disebabkan mengalami gangguan jin dan terkena sihir.

“Bahayanya penangan sihir ini hingga membuatkan ada kanak-kanak tidak mampu berjalan. Walaupun dunia kini sudah moden, namun masih banyak lagi kes-kes angkara sihir dan gangguan makhluk halus ini berlaku dalam masyarakat kita.

“Sebab itu juga kita buat rawatan di tempat terbuka untuk beri kesedaran kepada orang ramai bahawa masalah ini masih terjadi seterusnya untuk mendidik masyarakat agar mempunyai ilmu untuk menghindar diri daripada gangguan jin, sihir, ilmu hitam dan seumpamanya,” katanya.

Nor Azman yang berasal dari Melaka memberitahu, meskipun rawatan percuma secara menjelajah ke setiap negeri menuntutnya untuk menghabiskan masa lama di sesebuah tempat namun keadaan itu tidak menjadi bebanan untuknya dan enam sukarelawan yang membantunya mengadakan rawatan demi niat berjihad di jalan ALLAH.

Sumber: Sinar Harian

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas