Connect with us

Oh! Media

Toyota Sienta, MPV Kompak Dengan 7 Tempat Duduk Dilancarkan Di Malaysia

Umum

Toyota Sienta, MPV Kompak Dengan 7 Tempat Duduk Dilancarkan Di Malaysia

Semalam berlangsungnya perlancaran kereta model terbaru keluaran Toyota iaitu Toyota Sienta. Kenderaan yang berkonsepkan sebuah MPV kompak urban yang mampu memenuhi keperluan keluarga moden terutamanya yang baru membina keluarga.

Toyota Sienta ini mempunyai rekaan sama sekali berbeza berbanding model Toyota sebelum ini kerana ia merupakan model pertama kenderaan tujuh tempat duduk yang diperkenalkan di Malaysia. Walaupun berimej kompak namun keluasan mampu memberi ruang yang selesa kepada para penumpang.

ADVERTISEMENT

“Walaupun dengan reka bentuk kompak, pakej keseluruhannya memberikan fungsi hebat dengan ruang luas bagi semua penumpang dan barang yang dibawa” jelas Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Sejak dilancarkan di Indonesia pada bulan April yang lalu, Toyota Sienta telah mendapat permintaan yang menggalakkan.

Toyota Sienta ini dikuasakan oleh 1.5L enjin empat silinder dan mempunyai dua variasi iaitu Sienta 1.5V dan 1.5G dengan enam warna pilihan.

Ia digerakkan oleh enjin petrol baharu dengan Dual VVT-i, manakala kuasa maksimum yang dihasilkan ialah 107 PS pada 6,000 rpm dengan tork 140 Nm pada 4,200 rpm dan disalurkan ke tayar hadapan melalui Transmisi Terus Berubah (CVT).

Dari segi keselamatan, MPV kompak ini dilengkapi dengan dua beg udara SRS pada bahagian hadapan termasuk satu beg udara lutut yang terletak dibawah stereng pemandu.

Video:


Model kenderaan ini juga dilengkapi dengan sistem keselamatan aktif yang terdiri daripada Kawasan Penstabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Bantuan Permulaan Bukit (HAC).Toyota Sienta 1.5V dijual pada harga RM99,900, manakala Sienta 1.5G pada harga RM92,900 yang didatangkan dengan jaminan lima tahun tertakluk kepada terma dan syarat.

Ia akan mula berada di bilik pameran Toyota di seluruh negara bermula esok. Sebanyak 500 tempahan sudah diterima sejak dibuka untuk tempahan pada awal Jun lalu.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas