Connect with us

Oh! Media

Toyota Kekalkan Nama Sebagai Jenama Automotif Paling Bernilai Dunia

Toyota al salone di ginevra 2018jpg

Umum

Toyota Kekalkan Nama Sebagai Jenama Automotif Paling Bernilai Dunia

Syarikat automotif Toyota sekali lagi berjaya meletakkan dirinya di kedudukan teratas sebagai jenama paling bernilai di dunia dengan menewaskan pesaing-pesaing Eropah seperti Mercedes-Benz dan BMW.

Toyota berjaya menjadi jenama paling bernilai diikuti dengan Mercedes-Benz, BMW, Ford dan Honda serta telah memenangi buat kali keenam berturut-turut ini memperoleh peningkatan nilai sebanyak 5% kepada hampir $30 billion. Peningkatan nilai jenama tersebut disebabkan terdapat peningkatan permintaan terhadap model SUV di pasaran Eropah dan US, selain daripada konsisten dengan penawaran produk yang berkualiti, tahan lasak dan dipercayai pengguna.

Mercedes-Benz yang merupakan jenama mewah turut dikalahkan Toyota dengan mendapat kedudukan kedua serta jenama tersebut turut berjaya memintas BMW buat kali pertama dalam sejarah manakala Ford pula berjaya menduduki tangga keempat.

IKLAN

Untuk pengetahuan, Mercedes telah mencatatkan penumbuhan positif yang disumbangkan oleh prestasi yang cemerlang di pasaran China, Brazil dan Russia, selain daripada kejayaan yang dikecapi selepas pelancaran model terbaharu E Class mereka sebelum ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas