Connect with us

Oh! Media

Tony Buat Keputusan Mengejut, Letak Semua Jawatan?

Umum

Tony Buat Keputusan Mengejut, Letak Semua Jawatan?

Wah, takde angin, takde ribut dan secara tiba-tiba Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes dikatakan akan meletakkan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah dalam semua syarikat. AirAsia pun letak jawatan ke?

Ohh, jawatan dekat AirAsia dan AirAsia X, Tony tak lepaskan. Jadi kenapa agaknya keputusan ini diambil Tony? Dari apa yang Ohmedia lihat di update terbaru akaun Twitter Tony, dia berkata yang keputusan ini diambil bagi memberi ruang kepada barisan pemimpin baharu untuk diketengahkan.

Sebagai langkah pertama mengundurkan diri dan menggerakkan generasi berikutnya pemimpin @AirAsia ke hadapan, saya akan meletakkan jawatan dalam semua Lembaga Pengarah kecuali @AirAsia dan Airasia X, katanya.

Untuk pengetahuan korang, sekarang Tony juga memegang jawatan sebagai Lembaga Pengarah di Crescent Point Group, Caterham Cars Ltd, Tune Air Sdn Bhd, Tune Group, Tune Hotels Sdn Bhd, Loftus Road PLC, Tune Insurance Labuan Ltd, Capital OCA Bhd, Tune Money Sdn Bhd, Caterham Composites Ltd, Caterham Tech (M) Sdn Bhd, Dinato Racing Limited dan Epsom College Malaysia Sdn Bhd.

IKLAN

Banyak lagi sebenarnya jawatan yang dipegangnya dan nampaknya dengan keputusan untuk melepaskan semua jawatan ini, memang akan memberi kesan yang sangat positif kepada orang lain yang juga berpotensi untuk menggerakkan sesuatu syarikat.



+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas