Connect with us

Oh! Media

Kata Datang Nak Baiki Peti Sejuk, Lelaki Buka & Layan Video Lucah Kuat-Kuat Depan Tuan Rumah

Umum

Kata Datang Nak Baiki Peti Sejuk, Lelaki Buka & Layan Video Lucah Kuat-Kuat Depan Tuan Rumah

Adoi, apa masalah orang kita sekarang ni? Inilah yang terjadi bila terpengaruh dengan video-video lucah luar negara. Ohmedia bila baca cerita yang dikongsikan ni, ada terasa geram dengan lelaki ni dan ada rasa pelik juga dengan mangsa sebab melayan.

ADVERTISEMENT

Ohmedia maksudkan dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang gadis di Twitter apabila ada seorang lelaki telah melakukan perkara yang tidak senonoh kepada rakan wanitanya sewaktu di datang ke rumah.

Lelaki ini menonton pornografi ketika membaiki peti sejuk di rumah saya. Rakan serumah saya berada di rumah seorang dan lelaki berkenaan sejak berborak lucah dengan kawan saya.

Lelaki tersebut bertanyakan kepada rakan serumahnya, pernah melakukan seks tak sebelum ni, apa rasanya untuk pertama kali? Dia juga cerita ketika ‘bersama’ dengan isterinya.

Dia ada dalam rumah saya 2 jam dan dia tak perbaiki pun peti ais untuk selebihnya yang patut dia perbaiki. Selepas itu, dia duduk dan borak pasal ‘benda tu’ dengan kawan saya.

Okay, video porno yang dia tengok tu tak pakai ‘earphone’ pun. Malah dia buka lagi kuat bunyi ketika menonton video tak senonoh tu dan sentiasa ajak kawan sya untuk tengok video tersebut.

Bersyukur, kerana dia tak buat apa-apa kat kawan saya. Mungkin kerana kawan saya beritahu lelaki tersebut yang saya dalam perjalanan pulang dan dia kemas barangnya dan keluar dari rumah tersebut.

Warga Twitter ada mempersoalkan kenapa rakannya duduk rumah berseorangan? Jawapannya, dia sendiri tidak tahu yang rakannya tinggal sorang dan jika tahu, dia pasti akan teman.

Apa-apapun, jika perkara ini berlaku dengan korang, perkara pertama yang harus korang buat adalah untuk tidak sekali-kali membenarkan lelaki atau orang yang dikenali untuk masuk ke rumah bila berseorangan. Terutama kaum wanita.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas