Connect with us

Oh! Media

Tindakan Guru Ini Dikecam Ibu Bapa, Namun Disokong Netizen

04hmanti cheating method2 1567494713jpg

Umum

Tindakan Guru Ini Dikecam Ibu Bapa, Namun Disokong Netizen

Pagi-pagi ni Ohmedia terhibur pula bila terbaca satu berita ni di mana seorang guru di Mexico telah memaksa anak muridnya memakai kotak di kepala semasa sedang mengambil peperiksaan. Pakai kotak? Alasan yang diberikan hanyalah kerana ingin mengelakkan pelajarnya meniru rakan di sebelah.

Macam tu pun boleh erk. Walaupun, ianya dilakukan bagi tujuan yang baik, tindakan guru terbabit tetap dikritik dan dituduh telah memalukan dan melanggar hak asasi pelajarnya, lagi-lagi bila gambar kumpulan pelajar memakai kotak itu tersebar di media sosial.

Guru terbabit bernama Luis Juarez Texis dan mengajar di Kolej Bachelord di Tlaxcala dan pihak pendidikan juga telah diminta untuk memecat guru terbabit.

IKLAN

Jika ibu bapa di sana melihat ia sebagai satu yang memalukan, lain pula ceritanya pengguna media sosial yang lain. Kebanyakan mereka telah menyokong dan mengucapkan tahniah atas tindakan guru terbabit kerana ia dilihat sebagai satu jalan untuk mengelakkan pelajar menipu.

Sebenarnya, ini bukanlah kejadian yang pertama kerana sebelum ini tersebar juga penggunaan ‘HELMET’ kertas yang dipakai pelajar Thailand pada tahun 2013. Jadi apa pula pengalaman korang waktu menghadapi peperiksaan dulu?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas