Connect with us

Oh! Media

Tindakan Bijak AirAsia, Batalkan Semua Penerbangan Wuhan China

Umum

Tindakan Bijak AirAsia, Batalkan Semua Penerbangan Wuhan China

Ini tindakan yang sangat bijak dari AirAsia tanpa mengira untung rugi apabila telah mengumumkan pembatalan semua penerbangan dari Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket ke Wuhan, China dari sekarang sehingga 28 Januari ini.

ADVERTISEMENT

Keputusan ini diambil AirAsia selepas penyebaran wabak virus corona misteri ini semakin menjadi-jadi. Pihak kesihatan global dan tempatan termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia turut telah menasihatkan agar langkah ini diambil bagi mengelakkan virus ini terus tersebar.

Untuk mereka yang masih berada di Wuhan dan ingin pulang ke tanah air pula, mereka diminta untuk mengikut segala arahan yang ditetapkan pihak berkuasa kesihatan China dan korang kena sentiasa berhubung kedutaan bagi mendapatkan bantuan.

Jadi bagaimana pula dengan mereka yang telah menempah tiket untuk ke Wuhan? Ini merupakan 3 pilihan yang telah ditetapkan AirAsia.

1. Reroute: Mereka boleh reroute ke mana-mana lapangan terbang China yang lain untuk penerbangan ke Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket tanpa kos tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk sehingga 29 Februari.

2. Akaun kredit: Kekalkan nilai tambang anda dalam akaun AirAsia BIG Loyalti anda untuk perjalanan masa depan dengan AirAsia. Akaun kredit dalam talian akan ditebus untuk tempahan dalam tempoh 90 hari kalendar dari tarikh pengeluaran untuk perjalanan dengan AirAsia. Tarikh perjalanan sebenarnya boleh dibuat selepas tarikh luput selagi jadual penerbangan AirAsia keluar.

3. Bayaran balik penuh: Dapatkan bayaran balik sepenuhnya kepada kaedah pembayaran asal anda untuk jumlah yang sama dengan tempahan anda jika penebangan dibatalkan.

Jadi, untuk korang yang ingin dapatkan maklumat yang lebih terperinci, boleh ke support.airasia.com.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas