Connect with us

Oh! Media

TIndakan Berani Dilakukan Oleh Samsubahrin Sebelum Kedutaan Malaysia Dikepung!

Umum

TIndakan Berani Dilakukan Oleh Samsubahrin Sebelum Kedutaan Malaysia Dikepung!

Sumber dari Google

Mengulas isu Gojek yang sekarang ini menjadi trending, baru-baru ini, ‘big boss’ sebuah syarikat teksi telah mengeluarkan kenyataan yang dianggap mengguris hati penunggang Gojek Indonesia. Beliau berkata berkenaan kerana kecewa dengan pentadbiran Pakatan Harapan yang dilihat tidak memperjuangkan nasib pemandu-pemandu teksi kerana ingin membawa masuk Gojek yang dilihat akan menyebabkan periuk nasi pemandu-pemandu ini terganggu.

ADVERTISEMENT




Susulan penularan video berkenaan, beliau mendapat respon rakyat Indonesia menerusi media sosial termasuk WhatsApp yang menggesanya memohon maaf. Dipetik dari Sinar Harian, Shamsubahrin Ismail memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia susulan kenyataan dikeluarkan baru-baru ini yang dianggap menghina pemandu teksi motosikal (Gojek) dan negara tersebut. Menurutnya, kenyataan beliau bukan dibuat atas tuduhan liar atau mahu menghina rakyat Indonesia.

“Indonesia di hati saya, rakyat Indonesia juga di hati saya…. Saya tak hina dan jatuhkan martabat pemandu Gojek dan mohon maaf kepada semua rakyat Indonesia kerana melabelkan anda miskin,”

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Filem


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas