Connect with us

Oh! Media

Timbalan Pengarah ILP Kota Bharu Mohon Maaf Kerana Hilang Kawalan

Image2b2528672529jpg

Umum

Timbalan Pengarah ILP Kota Bharu Mohon Maaf Kerana Hilang Kawalan

Semalam, telah tersebar satu video menunjukkan seorang individu yang dipercayai Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu telah berkelakuan kurang ajar menendang motor pelajar dalam keadaan sedang marah.

Hari ini, Mohamad Hazmi Noordin telah mengakui beliau merupakan lelaki dalam video berkenaan dan memohon maad kepada semua pihak atas insiden itu dan ia berlaku diluar kawalan.

“Saya telah disoal siasat dari pukul 6.30 petang hingga pukul 10.00 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu semalam.

IKLAN

“Saya tidak terlibat secara langsung dengan jawatankuasa minggu suaikenal sesi Januari 2019 tetapi saya pegawai yang dipertanggungjawab dengan urusan keselamatan ILP, saya hanya mahu program berjalan lancar.

“Bukan niat saya merosakkan harta benda pelajar, semuanya berlaku di luar kawalan. Saya memohon maaf kepada semua termasuk ibu bapa pelajar yang melapor diri semalam,” katanya.

Mohamad Hazmi yang mula bertugas sebagai Timbalan Pengarah ILP Kota Bharu pada 2012 berkata, beliau akur dengan arahan supaya bercuti sehingga Khamis ini serta nasihat supaya menjalani pemeriksaan kesihatan mental di hospital.

“Saya menganggap ini sebagai ujian dan peluang memuhasabah diri, saya amat berharap peluang menabur bakti  dalam bidang kemahiran dapat saya teruskan,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas