Connect with us

Oh! Media

Sekitar TikTok Year-End Party Yang Havoc Giler!

Branded

Sekitar TikTok Year-End Party Yang Havoc Giler!

Sepanjang tahun 2018, tidak syak lagi bahawa aplikasi TikTok sangat mendapat sambutan hebat dari segenap rakyat Malaysia yang menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara dengan pengguna TikTok paling ramai di dunia. Bersempena dengan itu, buat julung-kalinya padaa minggu lalu telah berlangsung sebuah acara gilang-gemilang TikTok Year-End Party 2018 yang meraikan para creator TikTok yang hebat dan berbakat besar.

Berlangsung di APW Bangsar, parti tersebut dihadiri oleh ratusan peminat dan dihoskan oleh selebriti media sosial, Fashionboy MJ. Antara bintang terkenal yang menjadi tetamu acara termasuklah pencipta TikTok paling popular di Malaysia seperti Findy Yong (pencipta #1 TikTok di Malaysia), Ai Wahida (Pemanang 1 Million Audition), Nurul Nurizzati atau lebih dikenali sebagai Rose Nicotine (artis dan pelawak), serta adik-beradik Pong yang cukup berbakat iaitu Jeii dan Gaston.

Team Ohmedia turut sama ke sana dan membawakan secara langsung melalui Facebook Live terus dari sana. Korang boleh tengok video kat bawah ni untuk merasai sendiri kehangatan suasana sepanjang acara ini yang sempat kami bawakan kepada umum.




Para pencipta antarabangsa seperti Elina Karimova dan An Eunwoo dari Korea Selatan, juga Dinda Cassanova dan Tiara Adhelya dari Indonesia turut memeriahkan acara ini yang turut dihadiri oleh bintang ternama Malaysia seperti Aiman Tino, Haqiem Rusli, Izzue Islam, Diana Danielle, Fasha Sandha, Saharul Ridzwan, Sari Yanti, Zoey Rahman dan Kamal Adli.

Ramai selebriti yang tak perlu nak diperkenalkan lagi dan kalau korang biasa layan TikTok ni, mesti kenal dengan semua nama-nama berbakat lain yang bakat mereka dicungkil dari aplikasi TikTok ini sejak dilancarkan.

Lebih menarik lagi sebelum acara ini berlangsung, creator TikTok dapat mempelajari pelbagai teknik baru dan cara menggunakan TikTok secara lebih pantas melalui sebuah workshop dan semoga dapat menghasilkan lebih banyak video-video yang lebih baik selepas ini.

Turut berlangsung, Anugerah Tahunan TikTok Malaysia buat pertama-kalinya yang mana para pencipta paling berpengaruh menerima pengiktirafan untuk kreativiti dan bakat mereka. Peminat juga menikmati persembahan khas dari artis tempatan Aiman Tino dan Haqiem Rusli, selain pencipta TikTok tempatan seperti The Destiny Project, pemain diablo Wong Jun Long, pemain ziter Sara Heng dan ramai lagi.

Sebagai sebuah komuniti yang merangkumi 150 buah negara dan rantau seluruh dunia, TikTok digunakan oleh jutaan pengguna setiap hari untuk mengekspresikan diri mereka melalui nyanyian, tarian, seni, dan banyak lagi. TikTok ni kalau tak main pun mesti ramai yang suka layan je semua video yang ada kan? Memang best dan gerenti tak akan menyesal.

Aplikasi TikTok boleh dimuat-turun melalui App Store atau Play Store terus ke dalam smartphones korang secara percuma sahaja. Ambil phone korang dan muat-turun sekarang untuk terhibur dengan pelbagai video pendek penuh kretif dari para pengguna TikTok yang lain.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas