Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Pengalaman Membeli Tiket Bas Tidak Akan Sama Lagi Selepas Ini

Branded

Akhirnya Pengalaman Membeli Tiket Bas Tidak Akan Sama Lagi Selepas Ini

Ramai diantara kita memilih untuk menggunakan Bas Ekspres untuk pulang ke kampung namun akhirnya terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah seperti perlu bazirkan masa dan kos untuk ke kaunter tiket yang jauh, langsung tak pasti status tiket masih ada atau tidak, atau paling worst sekali last minutes baru sibuk nak beli tahu-tahu tiket pun dah habis! Cara untuk selesaikan masalah-masalah begini dengan membuat pembelian secara online. Zaman sekarang kan semuanya di hujung jari kan katanya?! Hehe.

Tidaklah banyak website yang menghubungkan semua jenis syarikat bas di dalam satu tempat, tetapi lepas ni bila teringat pasal tiket nak balik kampung, terus ingat dengan laman web MalaysiaBus.Com

Tiket bas boleh dibeli dengan sangat mudah dan efisyen!

Hebat tentang MalaysiaBus ini, mereka mempunyai kerjasama dengan lebih dari 50 buah syarikat bas. Ini termasuklah syarikat bas popular seperti Transnasional, Etika Ekspress, Delima Ekspres, malah turut mencakupi pengendali keretapi KTM sekalipun. Dengan lebih 2000 trip perjalanan bas ekspres setiap hari di Malaysia dan Singapura di bawah kendalian mereka, MalaysiaBus sememangnya harus menjadi sebuah hub utama di atas talian bila terfikir sahaja tentang tiket pulang ke kampung atau melancong.

Selain tiket bas, MalaysiaBus.Com juga turut menyediakan khidmat jualan tiket KTM online.

Antara laluan yang menjadi pilihan adalah dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur ke Sungai Petani, dan juga Kuala Lumpur ke Alor Setar.

Menarik tentang MalaysiaBus ni bila kita boleh memilih syarikat bas ekspres yang paling disukai dan dalam masa yang sama dapat buat perbandingan harga tiket yang dijual antara semua syarikat bas yang ada. Dengan kemudahan seperti ini, anda sebagai penggunalah yang paling WIN! Apa yang pasti, semua tiket yang dibeli melalui MalaysiaBus adalah LEBIH MURAH berbanding jika dibeli di kaunter tiket terutamanya apabila kaunter tiket menjual tiket dengan harga yang tinggi khususnya pada musim percutian.

Antara menu utama di website MalaysiaBus.Com

Bila sebut tentang kauter tiket, tak payah ceritalah tentang betapa kita perlu membuang banyak masa nak beratur panjang. Jika semua orang mula membeli secara online, tiada isu lagi tentang masalah membeli disaat-saat akhir terutamanya bila di musim perayaan dan cuti sekolah. Ulat tiket pun dapat dibendung sepenuhnya di mana pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan mereka di 03-91348576 sekiranya ada sebarang keraguan atau pertanyaan.

Dengan kaedah pembayaran melalui online banking (Maybank2U, CIMB Clicks, dan lain-lain), ianya lebih lancar, diyakini, dan paling penting selamat. Itu juga bermakna cara tempahan tiket mereka sangat mudah dan boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana juga kita berada.

Jika anda ke website mereka di www.malaysiabus.com juga, terdapat promosi istimewa hampir setiap bulan khususnya pada musim cuti bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

OhMedia harap perkongsian ini memberi manfaat kepada anda ketika ini atau bila sampai masanya nanti kerana kami percaya sistem sebegini mampu memudahkan kehidupan ramai orang di luar sana lebih-lebih lagi bila ramai yang mula mengeluh tentang lokasi bas dipindahkan semuanya ke Terminal Bersepadu Selatan yang jauh dari kediaman sesetengah pengguna.

+ Beli diket di www.malaysiabus.com dan Malaysia Bus juga boleh diikuti di Facebook, Twitter, dan juga Google+

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas