Connect with us

Oh! Media

Tiga Golongan Manusia Seperti Binatang

Umum

Tiga Golongan Manusia Seperti Binatang

Soalan:
Siapakah golongan manusia yang disebut di dalam Al-Quran seperti binatang? Apakah maksudnya?

ADVERTISEMENT

Jawapan:
Ada beberapa golongan manusia yang Allah Taala menyebut mereka ini di dalam Al-Quran sama seperti binatang iaitu:

Pertama: Orang-Orang Kafir

Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ
“Sesungguhnya Allah akan masukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Dan orang-orang yang kafir yang menikmati kesenangan di dunia yang makan minum seperti binatang ternak sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.” (Muhammad : 12)

Berkata Syeikh Tantawi:

فالمقصود بالجملة الكريمة ذم هؤلاء الكافرين ، لشبههم بالأنعام التى لا تعقل ، فى كونهم يأكلون طعامهم دون أن يشركوا الله – تعالى – عليه ودون أن يفرقوا بين الحلال والحرام ، ودون أن يرتفعوا بإنسانيتهم عن مرتبة الحيوان الأعجم.
“Maksudnya secara keseluruhan ialah celaan ke atas orang-orang kafir kerana keserupaan mereka dengan binatang yang tidak berakal pada keadaan mereka yang makan minum tanpa bersyukur kepada Allah dan tidak membezakan antara yang halal dan yang haram dan tiada beza martabat mereka dengan martabat binatang ternak.” (Tafsir Al-Wasith)

Kedua: Orang-Orang Yang Tidak Hiraukan Agama

Firman Allah:

وَلَقَد ذَرَأنا لِجَهَنَّمَ كَثيرًا مِنَ الجِنِّ وَالإِنسِ ۖ لَهُم قُلوبٌ لا يَفقَهونَ بِها وَلَهُم أَعيُنٌ لا يُبصِرونَ بِها وَلَهُم آذانٌ لا يَسمَعونَ بِها ۚ أُولٰئِكَ كَالأَنعامِ بَل هُم أَضَلُّ ۚ أُولٰئِكَ هُمُ الغافِلونَ
“Dan sungguhnya Kami akan penuhkan neraka jahanam itu yang ramai dari kalangan jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak menggunakannya untuk berfikir denganya. Mereka mempunyai mata tetapi tidak melihat dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah sama seperti binatang bahkan lebih sesat dari binatang. Mereka ini adalah orang-orang yang lalai.” (Al-A’raf : 179-183)

Berkata Imam Al-Baghawi:

( لهم قلوب لا يفقهون بها ) أي لا يعلمون بها الخير والهدى . ( ولهم أعين لا يبصرون بها ) طريق الحق وسبيل الرشاد ، ( ولهم آذان لا يسمعون بها ) مواعظ القرآن فيتفكرون فيها ويعتبرون بها ، ثم ضرب لهم مثلا في الجهل والاقتصار على الأكل والشرب ، فقال : ( أولئك كالأنعام بل هم أضل ) أي : كالأنعام في أن همتهم في الأكل والشرب والتمتع بالشهوات ، بل هم أضل لأن الأنعام تميز بين المضار والمنافع ، فلا تقدم على المضار ، وهؤلاء يقدمون على النار معاندة ، مع العلم بالهلاك ، ( أولئك هم الغافلون )
“Mereka ada hati tapi tidak berfikir dengan hati yakni tidak ambil tahu dengannya akan yang baik dan petunjuk. Mereka ada mata tetapi tidak melihat dengannya akan jalan yang benar dan elok. Mereka ada telinga tetapi tidak mendengar dengannya akan pengajaran Al-Quran dan tidak mengambil iktibar dengannya. Kemudian Allah membuat perumpamaan pada kejahilan dan kecuaian atas makan dan minum. Maka disebut oleh Allah mereka ini sama seperti binatang bahkan lebih sesat yakni mereka sama seperti binatang yang hanya bercita-cita untuk makan dan minum dan bersedap-sedap dengan syahwat. Bahkan mereka lebih sesat kerana binatang pandai membezakan antara yang mudarat dengan yang berguna maka binatang tidak mengambil yang mudarat. Dan orang-orang ini memilih api neraka sebagai tempat kembali pada hal mereka tahu ia membinasakan. Mereka ini adalah orang-orang yang lalai.” (Tafsir Al-Baghawi)

Ketiga: Orang Yang Tidak Mahu Mengikut Jalan Islam

Firman Allah:

أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ ۚ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ ۖ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا
“Apakah kamu sangka mereka itu dapat mendengar atau berfikir? Tiadalah mereka itu melainkan seperti binatang ternak. Bahkan mereka lebih sesat dari binatang ternak.” (Al-Furqan : 44)

Berkata Imam Al-Qurtubi:

إن هم إلا كالأنعام أي في الأكل والشرب لا يفكرون في الآخرة . بل هم أضل سبيلا إذ لا حساب ولا عقاب على الأنعام .
“Tidaklah mereka ini melainkan sama seperti binatang pada makan dan minum. Mereka tidak berfikir tentang akhirat bahkan mereka lebih sesat jalannya kerana binatang itu tidak ada baginya hisab dan azab pada akhirat.” (Tafsir Al-Qurtubi)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas