Connect with us

Oh! Media

Tidak Akan Beri Amaran Lagi! – KP Johor Datuk Ayob Beri Amaran Terakhir Kes Jalur Gemilang Terbalik

ohmedia bendera terbalikpng

Umum

Tidak Akan Beri Amaran Lagi! – KP Johor Datuk Ayob Beri Amaran Terakhir Kes Jalur Gemilang Terbalik

Kita sudah lali mendengar alasan tidak sengaja, tak perasan dan sebagainya apabila ada pihak memasang Jalur Gemilang secara terbalik. Jika sebelum ini mereka terlepas, kali ini tidak lagi.

Ohmedia katakan ini selepas Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak yang dilihat sengaja mempersenda Jalur Gemilang dan diminta pihak terbabit bersiap sedia untuk ditangkap selepas ini.

Kita sudah merdeka 63 tahun, tidak sepatutnya berlaku kesilapan lagi. Ini amaran terakhir, tiada maaf lagi jika tersilap selepas ini. Saya juga tidak akan beri amaran lagi selepas ini, kalau ada lagi kes sebegini lagi, saya akan arahkan kertas siasatan dibuka sama ada Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia selain Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Tiada lagi permohonan maaf dan pelbagai alasan akan diterima selepas ini. Insiden di Kluang contohnya, cuba letak kesalahan pada pihak lain pula. – Tegasnya.

Ini semua selepas baru-baru ini pada 4 Ogos tersebar lagi gambar di media sosial yang menunjukkan sebuah sekolah kebangsaan di Kluang memasang Jalur Gemilang terbalik.

IKLAN

Alasan yang diberikan mereka adalah kakitangan swasta tersilap menaikkan bendera dan tidak menyedarinya.

Alasan seperti ini tidak akan diterima lagi dan diharapkan semua negeri mengambil tindakan yang sama.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang geram dengan individu sengaja buat begini di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas