Connect with us

Oh! Media

“Tidak Ada Keperluan Kaji Semula Lantikan Ratu Transgender” – Dr Dzul

Umum

“Tidak Ada Keperluan Kaji Semula Lantikan Ratu Transgender” – Dr Dzul

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa tiada keperluan untuk mengkaji semula lantikan Rania Zara Medina sebagai ahli Jawatankuasa Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) Malaysia bagi penggal 2019-2021, tetapi pihaknya sedia mempertimbangkan cadangan dari pihak tertentu berhubung perkara tersebut. Dia berkata, lantikan berkenaan adalah kesinambungan cara dari pentadbiran dahulu, yang sudah ada standard operasinya sendiri (SOP). 
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye yang juga pengerusi CCM dilaporkan berkata, sebagai keperluan Global Fund, anggota CCM terdiri daripada 25 orang yang mewakili pemegang taruh seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan wakil komuniti daripada populasi sasar.
Kumpulan ini termasuk Transgender, Men-sex-with-men, Female sex worker, ‘People who use drug’ dan People Living With HIV/AIDS (PLHIV). CCM di negara ini ditubuhkan atas keputusan Jemaah Menteri pada 2009 untuk menangani penyakit HIV/AIDS melalui sumbangan daripada Global Fund.
Sumber: Awani

ADVERTISEMENT

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Oh! Makan



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas