Connect with us

Pesalah Yang Ingkar PKP Tidak Masuk Dalam Rekod Sebagai Banduan Biarpun Pernah Dipenjarakan

Umum

Pesalah Yang Ingkar PKP Tidak Masuk Dalam Rekod Sebagai Banduan Biarpun Pernah Dipenjarakan

Sepertimana yang kita tahu, individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan tindakan mahkamah dan dipenjarakan. Disebabkan itu, kebanyakkan rakyat Malaysia beranggapan sekiranya dimasukkan ke dalam penjara, individu yang bersalah akan mempunyai rekod banduan dan akan menjejaskan masa depan pesalah selepas keluar dari situ.

Menerusi laporan Berita Harian, pesalah yang dikenakan hukuman kerana ingkar PKP tidak akan mempunyai sebarang rekod banduan dan perkara ini telah disahkan sendiri Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar. Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador juga telah mengesahkan yang tiada sebarang rekod jenayah dikenakan kepada pesalah PKP dan menegaskan ianya bukanlah satu peluang untuk orang ramai mengingkar PKP.

Duduk jer rumah diam-diam gais kalau tidak ada sebarang hal yang mustahak diluar. Ayuh sama-sama kita berjuang untuk memerangi wabak pandemik ini dan mengikut apa yang telah diperintahkan kerajaan demi kebaikan kita bersama.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca tiada rekod banduan untuk pesalah PKP di Facebook Oh! Media.




Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top