Connect with us

Oh! Media

The Mowgli Malaysia, Adik Syukur Terima Anugerah Murid Unggul

Fw813118 tr01 130119 anugerah  bn201901128061jpg

Umum

The Mowgli Malaysia, Adik Syukur Terima Anugerah Murid Unggul

Sekarang, siapa yang tidak kenal dengan Syukur The Kampung Boy atau The Mowgli Malaysia yang telah popular dalam beberapa hari sahaja kerana gambarnya bersama sekumpulan kerbau telah tular di media sosial.

The Mowgli Malaysia atau adik Muhammad Syukur Khamis yang kini berusia 14 tahun, hari ini telah menerima Anugerah Pencapaian Murid Unggul Daerah Kuala Terengganu dan telah diraikan bagaikan hero di hadapan 1,500 orang pelajar SMK Padang Midin.

IKLAN

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong berkata, “Terima kasih kepada pihak sekolah atas penghargaan hari ini, tidak lupa guru-guru serta kawan-kawan yang turut sama meraikan,” kata beliau yang nampak segak berpakaian seragam sekolah ketika ditemui pemberita kemudiannya.

“Saya bangga kerana selepas gambar itu menjadi viral, rakan-rakan ramai yang bertanya bagaimana saya boleh berinteraksi dengan baik bersama “rakan-rakan” saya itu, saya kata kepada mereka, saya dah bergaul dengan haiwan ini sejak dari kecil,” tambahnya.

Sementara itu, adik Syukur berkata, anugerah berkenaan amat bermakna memandangkan kali pertama dia menerima pengiktirafan tertinggi berkenaan di sekolah.

“Tiada lagi ejekan tetapi ramai yang bertanyakan rahsia saya boleh sangat akrab dengan haiwan ternakan ayah selain menyatakan bangga dengan kejayaan foto yang tular terbabit memenangi anugerah di peringkat antarabangsa.

“Saya cuba buat macam biasa namun berterima kasih dengan guru-guru dan rakan-rakan sekolah,” katanya

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas