Connect with us

Oh! Media

The Last Altimet Show Akan Diadakan Pada Malam Ini

ao pc 3 of 16 e1545272460915jpg

Umum

The Last Altimet Show Akan Diadakan Pada Malam Ini

Altimet yang merupakan seorang penyanyi dan komposer sebelum ini telah mengumumkan akan persaraannya dari bidang muzik dan dengan itu, Altimet akan mengadakan kemunculan terakhirnya malam ini dalam konsert The Last Altimet Show.

Altimet juga berharap kemunculan terakhirnya itu akan menyentuh hati peminat dan mengakui berasa sedih untuk persembahan terakhir ini. Namun dia tetap bersyukur kerana apa yang dirancang selama ini dapat direalisasikan.

“Saya akan membawa peminat mengimbau perjalanan seni saya bermula dari 2008 dan harap ia dapat menyentuh hati semua,” katanya.

IKLAN

Pada konsert itu, Altimet akan mempersembahkan lebih 20 lagu, dipetik daripada album pertama hingga sentuhan terbaru.

Selain Altimet, konsert itu juga menghimpunkan rakan seperjuangannya termasuk Noh Salleh, Awi Rafael, Hazama, Joe Flizzow, Aizat Amdan, Aman Ra, Ila Damia, Amir Jahari, Zizi Kirana, SoneOne, Tomok dan Salam Musik.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas