Connect with us

Oh! Media

Thailand Belum Tunjuk Aksi Sebenar

safawi vs thaijpg

Umum

Thailand Belum Tunjuk Aksi Sebenar

Semalam telah selesai perlawanan separuh akhir pertama di antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil.Jurulatih Thailand, Milovan Rajevac menegaskan anak buah tidak beraksi pada prestasi sebenar ketika terikat tanpa jaringan dengan Malaysia pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Sokongan 80,000 penyokong Malaysia yang hadir semalam nampaknya tidak dapat membolos jaring lawan apabila Thailand dilihat lebih banyak bertahan pada perlawanan itu.

“Ia bukan seperti perancangan awal kami (untuk bermain bertahan). Malaysia beraksi sangat baik dan agresif,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

IKLAN

“Kami beraksi di bawah prestasi sebenar, tapi saya yakin kami akan beraksi lebih baik pada perlawanan seterusnya di Bangkok.

“Ini perlawanan yang sukar, kami mahu menjaringkan gol dan memiliki beberapa peluang. Namun, apa yang penting kami tidak tewas.”

Keputusan itu menyaksikan Thailand gagal mencapai sasaran awal Rajevac yang mengharapkan bekalan gol tempat lawan dapat diraih di Bukit Jalil.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas