Connect with us

Oh! Media

Teruk Dikecam Netizen, Rizman Beri Penjelasan Tentang Isu Kek Payudara Wanita

Umum

Teruk Dikecam Netizen, Rizman Beri Penjelasan Tentang Isu Kek Payudara Wanita

Bila sebut pasal sambutan hari jadi, mesti kita dah terbayang akan belon memenuhi ruang, ada sedikit makanan untuk dijamu dan yang paling penting, mestilah akan ada acara potong kek yang kebiasaannya disediakan oleh keluarga atau rakan-rakan untuk memberikan kejutan kepada yang diraikan.

ADVERTISEMENT

Macam tu jugaklah ceritanya yang terjadi pada seorang pereka fesyen Rizman Nordin yang baru-baru ini teruk dikecam netizan kerana kek parti bujangnya itu menyerupai bentuk payudara wanita. Ahh sudah, siapa punya idea pulak ni?



Untuk korang yang tak tahu, sebenarnya dua minggu lalu, satu parti bujang kejutan dari rakan-rakan Rizman telah diadakan dan Rizman kini tampil menjelaskan perkara ini yang menyifatkan dia sendiri tidak tahu akan kejutan seperti itu diadakan dan berpendapat sudah ramai yang menyambut parti bujang dengan kek berbentuk sedemikian.

Terpulang kepada penerimaan masing-masing. Saya tidak nampak benda ini satu isu besar kerana sebelum ini dah ramai orang buat benda sama. Mungkin kerana dikenali, bila kita buat sesuatu yang pelik sikit orang akan tegur. Tapi saya tak ambil kisah kerana ia parti kejutan yang dianjurkan rakan-rakan. Saya rasa bertuah kerana mempunyai sabahat-sahabat yang sentiasa menghargai saya dan bersusah payah mengadakan parti kejutan tersebut, katanya.

Dalam perkembangan lain, Rizman akan menamatkan zaman bujangnya selepas telah mengikat tali pertunangan bersama Nurida Suraya pada Jun lalu.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas